Makna ukhuwah fillah adalah Persaudaraan atau
persahabatan kerana Allah.
Abadan abada
untuk selama-lamanya
(inshaaAllah).
Aku tambah lagi benda
penting pasal bersahabat kerana Allah ni.
Macam mana bersahabat
kerana Allah?
Seorang sahabat yang bersahabat kerana Allah
seharusnya mempunyai 12 ciri di bawah;
1. Jika engkau berbakti kepadanya, ia akan
melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya,
dia akan membalas baik
persahabatanmu
itu.
3.
Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia
akan membantumu.
4.
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan
baik.
5.
Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargainya
atau menyebut kebaikanmu.
6.
Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik padamu, ia akan menutupnya.
7.
Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8.
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan
kesusahanmu.
9.
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu
(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahanmu itu).
10.
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11.
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk
menjaga persahabatan kamu.
Sumber
:
http://ainseorangpemalu.blogspot.in/2012/12/ukhuwah-fillah-abadan-abada-apa-tuuuu.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar